Ahad, 21 Oktober 2012

Let's try Windows 8


Windows 8 is the latest operating system from Microsoft scheduled to release around Nov / Dec of 2012. So if you intended to buy laptop or PC, better wait till next month because yout laptop or PC will come pre-installed with this OS.
But if you can't wait and would like to try it out today, then you may do so by going to the Microsoft website and download Windows 8 Release Preview. 

Download from here.
Windows 8 Start Screen

Khamis, 11 Oktober 2012

Video Production

Here are some video production files by my EDU3105 Technology in Teaching and Learning students from Unit J6 and J7 of PISMP Ambilan 2011.

Video 1


Video 2


Rabu, 19 September 2012

Anda juga dapat membaca blog ini pada peralatan mobile



Blog ini juga boleh dipaparkan pada mobile devices seperti smartphone atau tablet kerana dapat menjana mobile optimized view apabila dipaparkan pada browser peralatan mobile yang menyokongnya. Dengan konfigurasi blog untuk peralatan mobile akan menghasilkan pengalaman membaca yang seakan-akan desktop, tetapi dioptimumkan untuk peralatan mobile.

Blog ini apabila dipaparkan pada skrin peralatan mobile seperti smartphone


Penerbitan Video ...... sambungan

Lagi 2 video daripada projek video pelajar unit H4 dan H5 PISMP Ambilan 2010.

Video 3: Dokumentari

Video 4: Cerita

Selasa, 18 September 2012

Penerbitan Video

Penerbitan video merupakan salah salah tugasan amali yang perlu disempurnakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Proses penerbitan video bermula dengan fasa perancangan, diikuti dengan fasa produksi iaitu membuat rakaman video dan diakhiri dengan fasa pos produksi iaitu mengedit video dengan perisian komputer. Penerbitan video pendidikan ini juga merujuk langkah-langkah perancangan media pengajaran yang bersistematik dalam Model ASSURE.
Walaupun penerbitan video tidak mudah, tetapi para mahasiswa dan mahasiswi yang menjalankan tugasan amali bagi kertas EDU3105 Teknoologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran tetapi tabah. Walaupun dibelenggu dengan serba kekurangan dari segi kemudahan dan masa, tetapi dengan kreativiti dan minat, mereka telah dapat menghasilkan video-video untuk tujuan pendidikan yang tidak kurang mutunya jika dibandingkan dengan hasil video amatur.
Berikut dipersembahkan beberapa video hasil kerja Unit H4 dan H5 daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jan 2010. Di samping berhibur dengan video-video tersebut, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat memberi komen atau teguran yang membina.

Video 1: Demonstrasi
 

 Video 2: Demonstrasi


Lagi Petua Membeli Tablet...

GPU

Graphic Processing Unit yang berkuasa penting untuk menjalankan apps terutamanya games yang berdefinisi tinggi (High Definition). Tablet China yang murah biasanya menggunakan single core Mali 400. Yang lebih elok ialah Dual Core Mali 400 atau Quad Core Mali 400 yang menyokong OpenGLES 2.0 / 1.1 dan OpenVG1.1. ASUS Transformer Pad TF300T mempunyai 12-Core GPU jadi harganya pun mencecah >RM2K, tapi alah membeli menang memakai mah.

Bateri
Bateri yang boleh tahan lama penting kerana rata-rata tablet baik yang berjenama ataupun yang buatan China memang cepat habis apabila tablet digunakan untuk main games atau tengok video tanpa henti selama beberapa jam. Tablet Yuandao N70 II 7" misalnya menggunakan Built-in Lithium Battery 4000 mAh dengan jangka masa penggunaan biasa selama 4~5 jam. Jadual berikut menunjukkan jangsa masa bateri beberapa tablet berjenama:
Kebanyakan tablet China mengambil masa yang lama untuk mengecas bateri dengan kabel USB tetapi lebih laju (3~4 jam) jika menggunakan Carger.


Petua membeli tablet

Tablet ni mempunyai spesifikasi yang agak berbeza sedikit dengan komputer.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan juga berminat nak melabur dalam tablet, ni sedikit petua yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan.

CPU dan GPU

CPU paling kurang kenalah 1GHz ke atas dan Dual Core. Dalam kes tablet Yuandao N70 aku tu, CPUnya ialah Rockchip RK3066, Dual-Core, 1.6 GHz.  Bagi tablet yang mahal seperti Samsung Note 10.1 guna CPU Quad-core Exynos 4 pada kelajuan 1.4GHz manakala tablet ASUS Transformer Pad TF300T guna NVIDIA Tegra3 Quad-core CPU.
Petua: Pilih CPU yang lebih tinggi core, lebih tinggi GHz dan dari pengeluar terkenal tetapi pada harga paling murah.

RAM dan Storage
RAM tu lagi tinggi lagi eloklah kerana dapat menjalankan apps (program aplikasi) yang memerlukan RAM yang tinggi. Standard ialah 1GB sekarang, kalau tablet yang murah cuma ada 512MB RAM. Trend akan datang ialah 2GB seperti dalam Samsung Note 10.1.
Begitu juga dengan storage (ruang simpan data seperti harddisk la dalam komputer), lagi tinggi lagi baik. Standard ialah 8GB tapi seeloknya 16GB barulah cukup untuk simpan lagu, video, ebooks, foto dll.
Kebanyakan RAM sekarang jenis DDR3.

Skrin
Panel IPS kelihat 30% lebih cerah berbanding skrin biasa
Skrin tu seeloknya resolusi yang tinggi (High Definition) seperti 1024 x 600, 1280 x 800. Klu New Ipad, resolusinya sangat tinggi, 2048 x 1536 sehingga dikenali sebagai Retina Display.
Skrin keluaran terkini semuanya jenis sentuhan multi poin seperti 5 Point touch IPS Capacitive Screen. 5 point tu maksudnya kita boleh guna 5 jari untuk kawal sentuhan skrin. Klu dulu atau tablet murah cuma TFT Screen dengan resolusi 800 x 480.
Satu lagi kemestian skrin ialah pilihlah skrin jenis IPS (In-Plane Switching technology). Skrin ni mempunyai sudut pandangan hampir 180 darjah. Maknanya kalau kita tonton video ramai-ramai pada skrin IPS ni, orang yang di tepi pun dapat lihat skrin ni dengan jelas.
Lagi petua membeli tablet pada post seterusnya....


Tablet pertamaku

Akhirnya setelah fikir masak-masak dan buat perbandingan antara Samsung atau Chamsung (tablet buatan China yang seakan-akan Samsung la), pilihan terakhir ialah Chamsung pasal budget dan oleh sebab ini tablet pertama, jadi cuma nak cuba-cuba dulu la. Lain kali kalau budget mengizinkan memang nak ambik Samsung.
Sebab pertama pilih Chamsung ialah harga jauh lebih murah berbanding dengan Samsung, cuma RM5xx. Tapi dari segi spec memang ada pro dan ada konnya. Nanti saya kongsikan dalam post akan datang.
Ni dia tablet Camsung berjenama Yuandao N70 II

Baru keluar dari kotak dengan accesoriesnya.
CPU tablet ni berasaskan Rockchip RK3066 Dual Core

Isnin, 17 September 2012

Berjinak-jinak dengan Android ICS

Logo Android (hijau) dan logo Ice Cream Sandwich.

Bulan Ogos ni selain banyak cuti juga banyak belanja. Antaranya ialah membeli Tablet pertamaku yang menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu 4.0.4 atau juga dikenali sebagai Ice Cream Sandwich. Nama sistem operasi Android ni agak ganjil kerana menggabungkan nama daripada 2 jenis makanan. Sebelum ni saya juga pernah menggunakan Android 2.2 Froyo atau Frozen Yoghurt dalam smartphone Samsung saya dulu. Versi terkini Android ialah 4.1 atau Jelly Bean.

Antara kelebihan Android ialah sesuai digunakan untuk peranti yang menggunakan touchscreen seperti smartphone dan tablet.Selain tu, kelebihan terbesar ialah Android ni Percuma kerana dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Dari segi pengalaman pula, Android ni memang amat senang digunakan dan mesra pengguna. Daripada menggunakan mouse, kita cuma perlu tab, slide ke kiri/kanan atau ke atas/bawah. Kalau nak right click seperti mouse, tekanan skrin selama beberapa saat je. Segalanya amat mudah. Tak caya, lihatlah video berikut:

Marilah sembang-sembang tentang ICT


Hi,
Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Bertandang ke blog saya. Blog ini bertujuan membincangkan apa-apa sahaja tentang ICT baik dari segi hardware, software, widget, gadget, info dan maklumat tentang ICT. Harapan saya ialah sama-sama kita berkongsikan ilmu dan pengetahuan ICT yang boleh membantu produktiviti kerja, meningkatkan kemahiran ICT, menyebarluaskan pengetahuan ICT selain permainan dan hiburan ICT yang dapat mengecas bateri setelah penat bekerja atau belajar. Jom kita sembang-sembang.....