Selasa, 18 September 2012

Lagi Petua Membeli Tablet...

GPU

Graphic Processing Unit yang berkuasa penting untuk menjalankan apps terutamanya games yang berdefinisi tinggi (High Definition). Tablet China yang murah biasanya menggunakan single core Mali 400. Yang lebih elok ialah Dual Core Mali 400 atau Quad Core Mali 400 yang menyokong OpenGLES 2.0 / 1.1 dan OpenVG1.1. ASUS Transformer Pad TF300T mempunyai 12-Core GPU jadi harganya pun mencecah >RM2K, tapi alah membeli menang memakai mah.

Bateri
Bateri yang boleh tahan lama penting kerana rata-rata tablet baik yang berjenama ataupun yang buatan China memang cepat habis apabila tablet digunakan untuk main games atau tengok video tanpa henti selama beberapa jam. Tablet Yuandao N70 II 7" misalnya menggunakan Built-in Lithium Battery 4000 mAh dengan jangka masa penggunaan biasa selama 4~5 jam. Jadual berikut menunjukkan jangsa masa bateri beberapa tablet berjenama:
Kebanyakan tablet China mengambil masa yang lama untuk mengecas bateri dengan kabel USB tetapi lebih laju (3~4 jam) jika menggunakan Carger.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan