Selasa, 18 September 2012

Petua membeli tablet

Tablet ni mempunyai spesifikasi yang agak berbeza sedikit dengan komputer.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan juga berminat nak melabur dalam tablet, ni sedikit petua yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan.

CPU dan GPU

CPU paling kurang kenalah 1GHz ke atas dan Dual Core. Dalam kes tablet Yuandao N70 aku tu, CPUnya ialah Rockchip RK3066, Dual-Core, 1.6 GHz.  Bagi tablet yang mahal seperti Samsung Note 10.1 guna CPU Quad-core Exynos 4 pada kelajuan 1.4GHz manakala tablet ASUS Transformer Pad TF300T guna NVIDIA Tegra3 Quad-core CPU.
Petua: Pilih CPU yang lebih tinggi core, lebih tinggi GHz dan dari pengeluar terkenal tetapi pada harga paling murah.

RAM dan Storage
RAM tu lagi tinggi lagi eloklah kerana dapat menjalankan apps (program aplikasi) yang memerlukan RAM yang tinggi. Standard ialah 1GB sekarang, kalau tablet yang murah cuma ada 512MB RAM. Trend akan datang ialah 2GB seperti dalam Samsung Note 10.1.
Begitu juga dengan storage (ruang simpan data seperti harddisk la dalam komputer), lagi tinggi lagi baik. Standard ialah 8GB tapi seeloknya 16GB barulah cukup untuk simpan lagu, video, ebooks, foto dll.
Kebanyakan RAM sekarang jenis DDR3.

Skrin
Panel IPS kelihat 30% lebih cerah berbanding skrin biasa
Skrin tu seeloknya resolusi yang tinggi (High Definition) seperti 1024 x 600, 1280 x 800. Klu New Ipad, resolusinya sangat tinggi, 2048 x 1536 sehingga dikenali sebagai Retina Display.
Skrin keluaran terkini semuanya jenis sentuhan multi poin seperti 5 Point touch IPS Capacitive Screen. 5 point tu maksudnya kita boleh guna 5 jari untuk kawal sentuhan skrin. Klu dulu atau tablet murah cuma TFT Screen dengan resolusi 800 x 480.
Satu lagi kemestian skrin ialah pilihlah skrin jenis IPS (In-Plane Switching technology). Skrin ni mempunyai sudut pandangan hampir 180 darjah. Maknanya kalau kita tonton video ramai-ramai pada skrin IPS ni, orang yang di tepi pun dapat lihat skrin ni dengan jelas.
Lagi petua membeli tablet pada post seterusnya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan