Selasa, 18 September 2012

Penerbitan Video

Penerbitan video merupakan salah salah tugasan amali yang perlu disempurnakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Proses penerbitan video bermula dengan fasa perancangan, diikuti dengan fasa produksi iaitu membuat rakaman video dan diakhiri dengan fasa pos produksi iaitu mengedit video dengan perisian komputer. Penerbitan video pendidikan ini juga merujuk langkah-langkah perancangan media pengajaran yang bersistematik dalam Model ASSURE.
Walaupun penerbitan video tidak mudah, tetapi para mahasiswa dan mahasiswi yang menjalankan tugasan amali bagi kertas EDU3105 Teknoologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran tetapi tabah. Walaupun dibelenggu dengan serba kekurangan dari segi kemudahan dan masa, tetapi dengan kreativiti dan minat, mereka telah dapat menghasilkan video-video untuk tujuan pendidikan yang tidak kurang mutunya jika dibandingkan dengan hasil video amatur.
Berikut dipersembahkan beberapa video hasil kerja Unit H4 dan H5 daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jan 2010. Di samping berhibur dengan video-video tersebut, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat memberi komen atau teguran yang membina.

Video 1: Demonstrasi
 

 Video 2: Demonstrasi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan