Isnin, 17 September 2012

Berjinak-jinak dengan Android ICS

Logo Android (hijau) dan logo Ice Cream Sandwich.

Bulan Ogos ni selain banyak cuti juga banyak belanja. Antaranya ialah membeli Tablet pertamaku yang menggunakan sistem operasi Android terbaru iaitu 4.0.4 atau juga dikenali sebagai Ice Cream Sandwich. Nama sistem operasi Android ni agak ganjil kerana menggabungkan nama daripada 2 jenis makanan. Sebelum ni saya juga pernah menggunakan Android 2.2 Froyo atau Frozen Yoghurt dalam smartphone Samsung saya dulu. Versi terkini Android ialah 4.1 atau Jelly Bean.

Antara kelebihan Android ialah sesuai digunakan untuk peranti yang menggunakan touchscreen seperti smartphone dan tablet.Selain tu, kelebihan terbesar ialah Android ni Percuma kerana dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.

Dari segi pengalaman pula, Android ni memang amat senang digunakan dan mesra pengguna. Daripada menggunakan mouse, kita cuma perlu tab, slide ke kiri/kanan atau ke atas/bawah. Kalau nak right click seperti mouse, tekanan skrin selama beberapa saat je. Segalanya amat mudah. Tak caya, lihatlah video berikut:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan